Syarikat
BOSLAND CORPORATION (M) SDN. BHD. (180031-P/AJL93425), adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang dikorporatkan dalam tahun 1989 dengan pejabat berdaftar dan ibu pejabat pengoperasian bertempat di KAMUNTING, PERAK, MALAYSIA. BOSLAND, adalah sebuah syarikat berbilang tingkat yang memegang lesen jualan langsung berdaftar AJL93425 semenjak tahun 1993. BOSLAND meneroka, menghasil dan mengedar herba tumbuhan (botanikal) dan produk penjagaan kesihatan untuk kegunaan persendirian dan sekeluarga, produk penjagaan kesihatan dan makanan nutri tambahan untuk kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera. Keluaran BOSLAND adalah diformulasikan secara teliti dan cermat dengan menggunakan ramuan-ramuan terpilih yang bebas dari racun (tosin), pewarna, perisa tiruan, bahan kimia sampingan dan bahan pengawet.

ASAL-USUL.....
BOSLAND diasaskan oleh Dr. Lee Hock Tow JP,KMN. Beliau
adalah seorang pakar perubatan Cina yang telah menabur jasa
baktinya selama melebihi 30 tahun dalam arena perubatan
tradisional TCM. Menurut Dr. Lee yang juga adalah Pengarah
Urusan syarikat, dalam sekitar tahun 1980s beliau bersama isteri
telah memulakan perdagangan di kedai ubatnya bernama Yin Onn.
Tentang latar belakang Yin Onn, dijelaskan oleh beliau ia lebih
kepada bentuk busines rantaian ahli keluarganya, yang diketuai oleh
abang sulungnya .Pada umur 18, beliau bermula kerjayanya di kedai
ubat bersama adik-beradiknya di beberapa tapak perniagaan di
Semenanjung iaitu Yin Onn Kuala Kangsar, Yin Onn Bruas, Yin Onn
Sitiawan, Yin Onn Ayer Tawar, Yin Onn Pantai Remis, Yin Onn Ipoh,
Yin Onn Teluk Intan dan lain-lain. Akhirnya beliau bersama
isteri telah memulakan kedai ubat milikan sendiri di Taiping dengan
nama kedai Yin Onn (Taiping) Sdn. Bhd. di sekitar 1980,di
sinilah bermula riwayatnya sebagai seorang pedagang atau lebih
dikenali sebagai AHLI USAHAWAN.
PERTUMBUHAN PANTAS.......
Akibat dari pertumbuhan perniagaan yang pesat, dan bertambahnya
permintaan terhadap produk terutamanya produk herba QFS dalam lewat
sekitar 1999, Dr. Lee telah berganjak dalam perkembangan
bidang pengeluaran. Beliau dengan pantasnya menyiapkan penubuhan
kilang farmaseutikal UBATAN KETIGA INDUSTRI SDN. BHD. pada
tahun 2000 di kawasan Perindustrian Tekah Jaya bagi
memenuhi perkembangan dan permintaan pasaran yang semakin pesat.
Dalam tahun 2004, ia telah memperkenalkan salah satu keluaran
minuman yang mencatat angka jualan tertinggi iaitu kopi
Pelangsing (Slimming),dan juga produk kedua hebat di pasaran
iaitu kopi Ginkgo Biloba dan Ganoderma Cocoa.
Menuju ke era teknologi yang semakin canggih, sekitar 2005, industri
perkilangan BOSLAND sekali lagi berganjak ke depan dengan
mendapatkan taraf cGMP ke atas kilang farmaseutikalnya
UBATAN KETIGA INDUSTRI (GMP) SDN. BHD. yang dilengkapi dengan
segala kemudahan mengikut piawaian pematuhan GMP. Lantaran itu, pada
tahun 2005 premis BOSLAND serta tapak perkilangannya telah dipindah
ke satu tapak yang lebih lapang dan strategik dengan keluasannya
3.34 acres. Kilang GMP UBATAN KETIGA INDUSTRI menggunakan
Teknologi Nano dalam kerja-kerja pemprosesan dan penyediaan
semua sejenis bahan mentah herba dan tumbuhannya. Hasil nano inilah
“rahsia pati” ramuan bagi setiap keluaran siap BOSLAND,
inilah kuasa nanometer yang sebenarnya memberi fungsi kepada sesuatu
keluaran siap,saksikanlah kewibawaan pembangunan sains ini dengan
mata sendiri – MOLEKUL ZARAH NANO yang BERKUASA HEBAT.

Telephone:
(605) 891 2004
(605) 891 2005
(605) 891 2006
Fax: (605) 891 2009
Mailing Address: No.1, PT 4006,
Jalan Perusahaan 5,
Kawasan Perindustrian Kamunting,
34600 Kamunting,
Perak Darul Ridzuan,
Malaysia.
.jpg)








